BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 4 November 2012

Riwayat Hidup Ringkas Imam As- Syafie

     Imam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghuzah. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. 

Dari kecil lagi Imam Syafie telah menujukkan sikap beliau yang amat cintakan ilmu. Salasilah keturunan Imam Syafie juga bersangkut paut dengan salasilah keturunan Rasullulah. Pada usia yang amat muda beliau telah mampu menghafal kitab karangan Imam Maliky tanpa memiliki kitab tersebut. Selain itu, beliau juga rajin menuntut ilmu kesusteraan di sebuah dusun yang terletak amat jauh dari rumahnya. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau terpaksa mengutip tulang-tulang dan cebisan kertas bagi mencatit segala nota. 


Setelah meningkat dewasa beliau ingin benar bertemu dengan Imam Maliky yang mengarang kitab tersebut. Setelah itu beliau berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Maliky. Setelah beberapa lama beliau menjadi anak didik Imam Maliky, beliau semakin mendalami pelbagai ilmu. Masa berlalu dengan pantas, Imam Syafie membuat keputusan untuk memperluaskan ilmunya dengan merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Sepanjang perjalananya, pelbagai bidang ilmu yang telah beliau pelajari seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain. Malahan pelbagai juga kitab yang telah dikarang oleh beliau antaranya ialah Kitab Al-Umm, Ar-Risalah dan sebagainya. Begitu juga dengan para pengikut mazhab Imam Syafie yang semakin ramai dari hari ke hari. Mazhab Imam Syafie juga berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Qiyas. 


Beliau juga turut member sumbangan dalam bidang kesusteraan Arab, dimana kehebatan syair-syair beliau tidak dapat ditandingi. Sebagai umat biasa Imam Syafie juga mendapat dugaan apabila beliau hampir dihukum pancung dan dengan kuasa Allah, beliau terselamat. 


Setelah lama sakit akhirnya pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Imam Syafie dapat merasakan bahawa beliau akan meninggal dunia di Makkah dan meminta wali negeri Makkah yang memandikan jenazah beliau. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam. 

Ahad, 28 Oktober 2012

Kerja kosong sepanjang hayat


Assalamu'alaikum.. Ini ada iklan jawatan kosong. Mungkin sudah ramai orang yang telah mengetahui dan melihat banner ini, namun masih juga ada segelintir yang belum tahu.

p/s: Ambil mana yang baik, buang mana yang tidak elok. sama2 kita amalkan dan sebarkan. InsyaAllah semua ada ganjaran dariNYA...

- hamba yang kurang  ilmu lagi hina..(^_^)v

Sabtu, 27 Oktober 2012

Jodoh Dan Takdir _ MISK

Ya Allah,
Tidak ku pinta yg menawan
Tidak kuharap yg hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan  (^_^)V