BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kita berpuasa ikut syariat ISLAM atau ikut Adat ? part.2

Assalamu'alaikum..

kesinambungan daripada tajuk bahagian 1 sebelum ini........

Puasa SYARIAT atau Puasa ADAT? :
Wujudkah puasa adat? sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

kita ulangkaji sedikit mengenai "RUKUN ISLAM" iaitu :
1.  Mengucap dua kalimah syahadah.
2.  Menunaikan solat lima waktu.
3.  Berpuasa di bulan Ramadhan.
4.  Menunaikan Zakat.
5.  Menunaikan Haji.

Nah ! Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawasanya kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Apa yang kita lihat hari ini, kebanyakkan dari kita mengakui Muslim tetapi tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep berpuasa dalam Islam.

       Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kebanyakkan kita adalah tidak boleh makan serta minum. Ada pula mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan. Kita harus sedar dan ingat bahawa bulan Ramadhan adalah medan di mana kita berabis baik untuk mencari keberkatan Ramadhan dan rahmat serta pengampunan disebalik Ramadhan mulia ini.

Tiada matlamat. Puasa tidak habis lagi, sibuk hendak berhari raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri. Lantaran kejahilan, ibadah puasa yang penuh limpahan rahmat Allah SWT. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai orang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengar hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan perlu hadir dari diri kita untuk melakukan apa juga jenis ibadah Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

     "orang puasa, kita pun puasa.atas kefahaman yang begitu sahaja kita berpuasa " :
Itulah "Puasa Adat". Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tetapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tidak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dapatkah ? YA!!  Memang dapat. dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing  adakah aku berpuasa mengikut "Puasa Syariat" atau "Puasa Adat" ? Marilah kita sama-sama muhasabah diri.  Kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke pertengahannya dan penghujung.

Wallahualam. Sekadai perkongsian

p/s : Hamba Hina 

Jumaat, 12 Ogos 2011

kkita berpuasa ikut SYARIAT ISLAM atau ikut Adat ? part.1

Assalamu'alaikum...


Hadis Rasulullah SAW bermaksud, "Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka."
(Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi )

Rasulullah SAW. merupakan manusia terpilih dan tauladan baik bagi kita umat manusia. Bagin melipat gandakan ibadah kepada ALLAH SWT. bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aisyah ra. yang bermaksud :

"adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk 10 akhir daripada ramadhan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya." 

Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. melebihkan ibadatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

bagaimana pula dengan KITA ? :
Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakkan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini.


apakah PERANCANGAN kita apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak? :
Sudah pasti masing-masing ingin melipat gandakan amal ibadat semata-mata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita kepada ALLAH swt.


Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, ALHAMDULILLAH!!! :
Dalam mengejar ganjaran ALLAH, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama.

sambungan part.2 akan datang. (lebih details mengenai tajuk yang dibincangkan).


(perkongsian Masjid Nurussyakirin )

p/s: hamba Allah

Assalamu'alaikum