BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

laung masa...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamu'alaikum....

Lokasi : Kelantan, pengkalan chepa, Kolej Teknologi Darulnaim @ Kolej Tarbiyah dan Dakwah, Taman Kurnia Jaya , PT701, Bilik. (Terbalik..^_~)..

Situasi : 1

Hari exam hampir tiba. Di samping study, main game tidak akan dilupa. Begitu la kehidupan sejak mula tinggal di rumah sewa Pt 701.
Disebabkan suasana exam. Buku-buku rujukan dan sebagainya yang diguna untuk ulangkaji jarang yang akan berkemas. Seorang sahabat ku sedang study.  Sedang daku bermain game online dengan sahabat di bilik sebelah. Seperti biasa, bermain game sehingga lewat subuh menjadi rutin. sehinggakan solat pun dilengahkan. sahabat bilik sebelah memanggil ku dan ketika daku ingin keluar bilik melintasi sahabat yang study tadi, aku terlangkah  buku yang dia gunakan untuk study dan kertas2  exam yang lepas2. Sahabat yang study itupun menegur.
"Kenapa kau langkah buku-buku ni, Ilmu bah tu. Nda bagus langkah ilmu. nanti ilmu yang kita pelajari nda berkat"..(lebih kuranglah mcm ni. bahasa sabah..^_^)

Aku pun tersentak dengan teguran itu. MasyaAllah. Betapa sensitifnya hati orang yang diberi kefahaman dan iman yang tinggi oleh Allah.Dari itu, daku cuba mempraktikkan sehingga kini. Alhamdulillah ilmu itu daku cuba sampaikan kepada sahabat mahupun keluarga walaupun pada pandangan orang lain ianya adalah benda yang kecik sahaja.

Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui
(HR. Imam Ahmad).

Kehidupan pada masa itu sungguh bermakna dan merupakan proses dimana daku mendapat hidayah dan ilmu Allah. Belajarnya daku makan secara berjemaah dalam talam yang sama. Boleh dikatakan, setiap kali makan d rumah, kami akan makan berjemaah. indahnya detik2 itu. Belajarnya daku cara duduk yang betul iaitu sunnah duduk ketika makan.
contoh duduk makan yang disunnahkan seperti dalam gambar di bawah :



Bukan itu sahaja, malah cara minum pun daku pelajari. Siapa sangka minum pun ada tertibnya dalam Islam. Kan??. dahulunya daku main minum jak. Bila haus sangat tu, satu nafas boleh habis setengah botol mineral.
Antaranya, cara pegang gelas @ cawan menggunakan tangan kanan, meletakkan jari kelingking di bawah(tapak) gelas, Baca Bismillah, minum dengan tiga nafas (teguk), Duduk ketika minum dan jangan bernafas pada arah gelas ketika meneguk air.. (ada penambahan dan pembetulan, mohon ditegur dan dibetulkan).

Semakin lama berada di KTD, semakin bertambah ilmu dan perubahan yang berlaku.
Ukhuwah dan Bi'ah yang bersih menambahkan lagi serinya.
Terima kasih Allah kerana memilih daku untuk berada bersama KTD mempelajari ilmu-ilmu MU, mengurniakan daku sahabat2 yang tidak jemu dan lelah menegur serta mengajar daku.


p/s :

" ngaji biar pandai..
  perangai biar juruh (baik).
  hidup biar bulih tupe..(tumpang)..."

Selasa, 10 Mei 2011

Ikhlaskah Saya?



“…dan tidaklah kalian diperintah kecuali beribadah kepada Allah dengan ikhlas…….” (QS 98:5).
Ikhwani fillah, kita telah umumnya mengetahui bahawa syarat diterimanya amal adalah benar dan ikhlas. Benar mencontohi Rasulullah, ikhlas ditujukan semata untuk mencari keredhaan Allah. Kedua-dua syarat itu sudah tentunya perlu mengiringi setiap amal yang kita lakukan agar kita layak menjejaki syurga Allah nanti di yaumil akhir.
Berbicara tentang ikhlas ada tiga ciri keikhlasan yang perlu kita tahu. Pertama memiliki perasaan sama ketika dipuji atau dicela. Tidak merasa bangga atau gembira ketika dipuji dan tidak sakit hati atau marah ketika dicela. Kedua tidak merasa berjasa atau berprestasi dengan amalnya. “Saya adalah daripada ‘hulu sungai’ dakwah ini. Kamilah wakil rasmi gerakan Islam tersohor di dunia, yang lain semua tak betul. Sayalah yang pertama merintis pembinaan di medan dakwah itu dan ini. Kalau bukan saya yang ‘organize’ program dakwah ni sudah tentu tak sehebat ni.”, adalah antara contoh-contoh  gangguan syirik yang tersembunyi. Ketiga mengharapkan pahala amal itu di akhirat, tidak di dunia,  … “sesungguhnya upah kami adalah dari Allah yang menciptakan kami…” (QS 11:51).

Dinukilkan beberapa kisah motivasi keikhlasan daripada para pendahulu kita untuk kita terus beringat menjaga kemurniaan amal kita agar kesemuanya diterima oleh Allah yang Maha Teliti.

Kisah pertama: Kisah kejujuran seorang Arab badwi
Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.
Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.
Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”
Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”
Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya.” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)

Kisah kedua: Kisah Saahibun Naqab
Ada kisah masyhur Shahibun Naqab(Pemilik Lubang) yg diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah dalam ‘Uyun Al-Akhbar, tentang seorang mujahid di waktu peperangan di masa Umayyah yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik. Saat terjadi pengepungan sebuah benteng musuh, tak ada satupun sahabat yang berhasil membuka benteng itu. Dalam kesempatan itulah mujahid ini masuk dengan melubangi tembok benteng.  Melalui lubang itulah tentera Islam yang lain kemudiannya berjaya merempuh masuk dan mengalahkan musuh.  Selesai peperangan Maslamah meminta agar tenteranya yang melubangi tembok itu melapor kepadanya. Setelah sekian lama tidak ada yang melapor,sehingga waktu lewat malam akhirnya datanglah seorang yang bertopeng menemui Maslamah. “Aku akan beritahu siapa tentera yang melubangi benteng itu, dengan syarat; pertama, jangan tanya siapa namanya, kedua jangan dicatat dalam sejarah, ketiga jangan diberi balasan apapun.” Setelah Maslamah menyanggupi, kemudian orang bertopeng itu memberitahu bahwa dialah orangnya dan terus lari ke dalam kumpulan tenteranya sehingga tidak dapat dikenalpasti di antara tentera-tenteranya yang ribuan itu siapakah sahibun naqab tadi.  Sehingga Musailamah kemudian tidak akan meninggalkan selepas solatnya melainkan doa untuk menjadi orang yang bersama dengan sahibun naqab.
Kisah ketiga: Kisah Imam Syafi’e
Pernah Imam Syafi’e mengingatkan kepada murid-muridnya agar tidak menyebut namanya atau menghubungkan satu hurufpun kepada dirinya sebagai penguat hujjah kebenaran. Maksudnya “ini menurut Imam Syafi’e”…“ini diambil dari Kitab Al Umm karya Imam Syafi’i.”
Bahkan Imam Syafi’i mengatakan,”..dan saya tidak saling bertukar pandangan dengan seseorang melainkan saya mengharapkan Allah menampakkan kebenaran atas lisanku atau lisannya”(Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab Hilyatul Awliyaa’ (118/9).
Moga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadis ini;
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim).

Kisah keempat: Kader yang berjuang atas asobiyyah
Moga Allah sentiasa mengikhlaskan niat kita dalam perjuangan ini agar tidak kerana jenama harakah kita berjuang.  Adakah terlalu penting jenama harakah itu sehingga menafikan, merendah-rendahkan bahkan memburuk-burukkan usaha gerakan dakwah yang lain?  Adakah dengan merasakan ‘izzah dengan label tertentu dapat menghindarkan diri kita daripada azab Allah dan masuk ke dalam Jannah-Nya.  Walhal, kita sedar setiap daripada kita akan datang sorang-sorang untuk dihisab oleh Allah ta’ala.
“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.” (Maryam:95).
Kisah Quzman mudah-mudahan sebagai iktibar agar kita terjerumus menjadi pejuang yang berjuang atas asobiyah kita.  Sebagaimana yang diceritakan oleh Qatadah radiallahu ‘anhu;
Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.
Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)
Ikhwani fillah, keinginan kita untuk sentiasa ikhlas hendaknya jangan menjadi penghalang kita untuk menjadi pasif atau takut beramal.  Syeikh Fudhail bin Iyadh memberikan batasan:
Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal untuk manusia adalah syirik.
Maksudnya janganlah kerana takut riya kemudian kita enggan beramal. Semestinya terus perbanyak amal tanpa peduli dilihat atau tidak dilihat manusia namun berusahalah untuk tidak terjatuh dalam riya’.
Ikhwatul ahibba’, dalam ketahuilah bahwa semerbaknya amal dilatarbelakangi oleh keikhlasan. Tersebarluasnya dakwah ke seluruh penjuru dunia adalah contoh nyata hasil kerja peribadi-peribadi yang ikhlas. Mereka tidak menyalahkan kelemahan dan kekurangan saudara mereka yang lain sebagai alasan untuk kurang beramal dalam dakwah dan tarbiyah.  Bahkan mereka terlebih dahulu melihat kesulitan yang dihadapi mereka adalah daripada kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri.  Lihatlah bagaimana murabbi agung, Rasulullah sollallhu ‘alaihi wasallam bersikap ketika dakwahnya ditolak dengan kekerasan oleh para penduduk Taif.  Ketikamana baginda berteduh di bawah sepohon anggur, baginda mengadu kepada Sang Pencipta;
“Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.  Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).  Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.  Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” (Petikan dari kitab Sirah Nabawiah – Ibnu Hisyam).
Subhana Allah, betapa tawadhu’nya doa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam yang langsung tidak menyalahkan penduduk Taif yang telah membaling batu kepadanya bertubi-tubi sehingga berdarah dan sesekali rebah ke tanah.  Bahkan Zaid b Haritsah radiallahu ‘anhu yang menjadikan dirinya sebagai perisai Nabi turut berdarah di kepalanya. Hasilnya, bumi Taif menjadi wilayah Islam dan majoriti penduduknya sehingga ke hari ini adalah muslim.
Sebagai penutup, Ustaz Hasan Al Banna rahimahullah menjelaskan tentang ikhlas. “Ikhlas adalah seorang akh muslim dengan perkataannya, amalnya, jihadnya  dan semuanya diniatkan kerana Allah swt, mengharapkan redhoNya dan balasan yang baik tanpa melihat keuntungan mahupun label penampilan, gelaran di depan atau dibelakang namanya. Dengan demikian itu, dia menjadi perajurit aqidah dan fikrah, bukan perajurit atau pejuang kepentingan dan manfaat.
“Sesungguhnya amal seseorang bergantung pada niat, dan dia akan memperoleh apa yang dia niatkan…” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

sumber : http://paksi.net/v1/2011/03/ikhlaskah-saya/

Insaf Sekejap | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Benarkah wujud istilah  " Insaf sekejap " ? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
 

Sumber : iluvislam

Sabtu, 7 Mei 2011

sejenak

Assalamu'alaikum...



Ya Allah, Rahmat-Mu memenuhi segenap pelusuk Alam. Setiap liang dalam tubuh ku adalah anugerah dari-MU..Tidak terkira dan terbanding dengan apapun kurnia dan hikmah yang telah Engkau berikan pada umat manusia dan alam ini.
Jika kita bayangkan seandainya setiap zarah-zarah udara @ oksigen yang kita nikmati ini dikenakan caj. Tidak akan termampu bagi kita umat manusia untuk membayarnya. Malah setiap anggota pancaindra kita yang dipinjamkan pun tidak mampu untuk kita bayar sewanya. Sesungguhnya semua itu adalah milik DIA yang Maha Pemurah.
Ya Allah Ampunkan dosa hamba-MU ini Ya Allah. Tetapkanlah daku senantiasa berada di landasan hidayah dan rahmat-MU. Ya Rahman, janganla Engkau memandang ku dengan pandangan murka dan tidak redha akan diriku Ini Ya Allah.
Daku sering lupa dan leka akan nikmat2 yang daku perolehi selama ini. Dosa demi dosa daku lakukan setiap saat, detik dan setiap masa. Hamba-Mu ini memohon ampun dan redha dalam setiap kerja dan perlakuan yang daku lakukan.
Wahai Tuhan yang membolak -  balik kan hati, tetapkan lah hatiku pada agama-Mu. Seandainya hatiku telah kotor dan tidak boleh dibersihkan lagi, gantikan lah hatiku dengan hati yang baru. perlanjutkan lah nikmat iman dan Islam yang telah Engkau kurniakan kepada daku. Amin Ya Mu'id. Amin Ya Rabbal Alamin...