BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kita berpuasa ikut syariat ISLAM atau ikut Adat ? part.2

Assalamu'alaikum..

kesinambungan daripada tajuk bahagian 1 sebelum ini........

Puasa SYARIAT atau Puasa ADAT? :
Wujudkah puasa adat? sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

kita ulangkaji sedikit mengenai "RUKUN ISLAM" iaitu :
1.  Mengucap dua kalimah syahadah.
2.  Menunaikan solat lima waktu.
3.  Berpuasa di bulan Ramadhan.
4.  Menunaikan Zakat.
5.  Menunaikan Haji.

Nah ! Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawasanya kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Apa yang kita lihat hari ini, kebanyakkan dari kita mengakui Muslim tetapi tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep berpuasa dalam Islam.

       Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kebanyakkan kita adalah tidak boleh makan serta minum. Ada pula mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan. Kita harus sedar dan ingat bahawa bulan Ramadhan adalah medan di mana kita berabis baik untuk mencari keberkatan Ramadhan dan rahmat serta pengampunan disebalik Ramadhan mulia ini.

Tiada matlamat. Puasa tidak habis lagi, sibuk hendak berhari raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri. Lantaran kejahilan, ibadah puasa yang penuh limpahan rahmat Allah SWT. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai orang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengar hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan perlu hadir dari diri kita untuk melakukan apa juga jenis ibadah Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

     "orang puasa, kita pun puasa.atas kefahaman yang begitu sahaja kita berpuasa " :
Itulah "Puasa Adat". Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tetapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tidak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dapatkah ? YA!!  Memang dapat. dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing  adakah aku berpuasa mengikut "Puasa Syariat" atau "Puasa Adat" ? Marilah kita sama-sama muhasabah diri.  Kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke pertengahannya dan penghujung.

Wallahualam. Sekadai perkongsian

p/s : Hamba Hina 

Jumaat, 12 Ogos 2011

kkita berpuasa ikut SYARIAT ISLAM atau ikut Adat ? part.1

Assalamu'alaikum...


Hadis Rasulullah SAW bermaksud, "Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka."
(Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi )

Rasulullah SAW. merupakan manusia terpilih dan tauladan baik bagi kita umat manusia. Bagin melipat gandakan ibadah kepada ALLAH SWT. bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aisyah ra. yang bermaksud :

"adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk 10 akhir daripada ramadhan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya." 

Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. melebihkan ibadatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

bagaimana pula dengan KITA ? :
Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakkan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini.


apakah PERANCANGAN kita apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak? :
Sudah pasti masing-masing ingin melipat gandakan amal ibadat semata-mata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita kepada ALLAH swt.


Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, ALHAMDULILLAH!!! :
Dalam mengejar ganjaran ALLAH, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama.

sambungan part.2 akan datang. (lebih details mengenai tajuk yang dibincangkan).


(perkongsian Masjid Nurussyakirin )

p/s: hamba Allah

Assalamu'alaikum

Khamis, 23 Jun 2011

Teka - Teki...???

Bismillahirahmahnirrahim...

Assalamu'alaikum W.B.T.


TEKA-TEKI :

ada seekor burung terbang tinggi d udara . .
tiba2x . .
burung 2 mati . .
kenapa. . . ?
 itulah soalan yang menarik minat saya ketika melawati satu group dlm facebook. Pelbagai aneka jawapan yang ahli2 dlm group tu bagi. antaranya seperti :

1.abes mnyak nya kalik
2.lemas kalik joo..
3.Anuw tlanggal kapar talbang wakakaka. . . Brad 
( group orang2 sabah..language pn loghat sabah juga)

banyak macam lagi lah jawapan yang mereka bagi.Yang tak masuk akal pun ada.Namun yang tak masuk dek akal pun tak semestinya tidak betul.Jika hanya menggunakan akal logik, maka kita adalah orang-orang yang salah.

bagi kita pun sebagai umat ISLAM, cukup hanya rukun iman sahaja jadi jawapan. Dalam rukun iman ada jawapan bagi soalan yang seringkali manusia persoalkan, mengenai "tidak logik". Mungkin ada antara kita yang tidak berapa ingat rukun-rukun iman dalam ISLAM. Saya juga mungkin tidak terkecuali.

Meh kita refresh semula ilmu  yang kita telah pelajari diwaktu masa dahulu.
Rukun Iman ada 6 kesemuanya. Yang pertama adalah :
1. Beriman kepada ALLAH SWT
2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
3. Beriman kepada Kitab-kitab
4. Beriman kepada Rasul-rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar



Beriman yang dimaksudkan  diatas adalah percaya.


Definisi Iman
Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.
Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Penjelasan Definisi Iman
“Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.
“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).
“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu boleh bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.

Berbalik kepada soalan teka - teki di atas, kebanyakkan jawapan yang semua barikan adalah tidak tepat.
jawapan kepada soalan teka teki itu adalah:

"jawapan: ajal maut di tangan tuhan :p"

itulah jawapan yang pemberi soalan berikan. Bila saya mengikuti perkembangan dari awal soalan hingga bertemu jawapan kepada soalan itu, terasa geli hati bila membacanya. Namun, itulah jawapan yang paling tepat saya rasakan.

Sekian.

p/s : Hamba hina yang mencari redha-NYA

Sabtu, 14 Mei 2011

laung masa...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamu'alaikum....

Lokasi : Kelantan, pengkalan chepa, Kolej Teknologi Darulnaim @ Kolej Tarbiyah dan Dakwah, Taman Kurnia Jaya , PT701, Bilik. (Terbalik..^_~)..

Situasi : 1

Hari exam hampir tiba. Di samping study, main game tidak akan dilupa. Begitu la kehidupan sejak mula tinggal di rumah sewa Pt 701.
Disebabkan suasana exam. Buku-buku rujukan dan sebagainya yang diguna untuk ulangkaji jarang yang akan berkemas. Seorang sahabat ku sedang study.  Sedang daku bermain game online dengan sahabat di bilik sebelah. Seperti biasa, bermain game sehingga lewat subuh menjadi rutin. sehinggakan solat pun dilengahkan. sahabat bilik sebelah memanggil ku dan ketika daku ingin keluar bilik melintasi sahabat yang study tadi, aku terlangkah  buku yang dia gunakan untuk study dan kertas2  exam yang lepas2. Sahabat yang study itupun menegur.
"Kenapa kau langkah buku-buku ni, Ilmu bah tu. Nda bagus langkah ilmu. nanti ilmu yang kita pelajari nda berkat"..(lebih kuranglah mcm ni. bahasa sabah..^_^)

Aku pun tersentak dengan teguran itu. MasyaAllah. Betapa sensitifnya hati orang yang diberi kefahaman dan iman yang tinggi oleh Allah.Dari itu, daku cuba mempraktikkan sehingga kini. Alhamdulillah ilmu itu daku cuba sampaikan kepada sahabat mahupun keluarga walaupun pada pandangan orang lain ianya adalah benda yang kecik sahaja.

Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui
(HR. Imam Ahmad).

Kehidupan pada masa itu sungguh bermakna dan merupakan proses dimana daku mendapat hidayah dan ilmu Allah. Belajarnya daku makan secara berjemaah dalam talam yang sama. Boleh dikatakan, setiap kali makan d rumah, kami akan makan berjemaah. indahnya detik2 itu. Belajarnya daku cara duduk yang betul iaitu sunnah duduk ketika makan.
contoh duduk makan yang disunnahkan seperti dalam gambar di bawah :



Bukan itu sahaja, malah cara minum pun daku pelajari. Siapa sangka minum pun ada tertibnya dalam Islam. Kan??. dahulunya daku main minum jak. Bila haus sangat tu, satu nafas boleh habis setengah botol mineral.
Antaranya, cara pegang gelas @ cawan menggunakan tangan kanan, meletakkan jari kelingking di bawah(tapak) gelas, Baca Bismillah, minum dengan tiga nafas (teguk), Duduk ketika minum dan jangan bernafas pada arah gelas ketika meneguk air.. (ada penambahan dan pembetulan, mohon ditegur dan dibetulkan).

Semakin lama berada di KTD, semakin bertambah ilmu dan perubahan yang berlaku.
Ukhuwah dan Bi'ah yang bersih menambahkan lagi serinya.
Terima kasih Allah kerana memilih daku untuk berada bersama KTD mempelajari ilmu-ilmu MU, mengurniakan daku sahabat2 yang tidak jemu dan lelah menegur serta mengajar daku.


p/s :

" ngaji biar pandai..
  perangai biar juruh (baik).
  hidup biar bulih tupe..(tumpang)..."

Selasa, 10 Mei 2011

Ikhlaskah Saya?



“…dan tidaklah kalian diperintah kecuali beribadah kepada Allah dengan ikhlas…….” (QS 98:5).
Ikhwani fillah, kita telah umumnya mengetahui bahawa syarat diterimanya amal adalah benar dan ikhlas. Benar mencontohi Rasulullah, ikhlas ditujukan semata untuk mencari keredhaan Allah. Kedua-dua syarat itu sudah tentunya perlu mengiringi setiap amal yang kita lakukan agar kita layak menjejaki syurga Allah nanti di yaumil akhir.
Berbicara tentang ikhlas ada tiga ciri keikhlasan yang perlu kita tahu. Pertama memiliki perasaan sama ketika dipuji atau dicela. Tidak merasa bangga atau gembira ketika dipuji dan tidak sakit hati atau marah ketika dicela. Kedua tidak merasa berjasa atau berprestasi dengan amalnya. “Saya adalah daripada ‘hulu sungai’ dakwah ini. Kamilah wakil rasmi gerakan Islam tersohor di dunia, yang lain semua tak betul. Sayalah yang pertama merintis pembinaan di medan dakwah itu dan ini. Kalau bukan saya yang ‘organize’ program dakwah ni sudah tentu tak sehebat ni.”, adalah antara contoh-contoh  gangguan syirik yang tersembunyi. Ketiga mengharapkan pahala amal itu di akhirat, tidak di dunia,  … “sesungguhnya upah kami adalah dari Allah yang menciptakan kami…” (QS 11:51).

Dinukilkan beberapa kisah motivasi keikhlasan daripada para pendahulu kita untuk kita terus beringat menjaga kemurniaan amal kita agar kesemuanya diterima oleh Allah yang Maha Teliti.

Kisah pertama: Kisah kejujuran seorang Arab badwi
Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.
Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.
Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”
Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”
Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya.” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)

Kisah kedua: Kisah Saahibun Naqab
Ada kisah masyhur Shahibun Naqab(Pemilik Lubang) yg diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah dalam ‘Uyun Al-Akhbar, tentang seorang mujahid di waktu peperangan di masa Umayyah yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik. Saat terjadi pengepungan sebuah benteng musuh, tak ada satupun sahabat yang berhasil membuka benteng itu. Dalam kesempatan itulah mujahid ini masuk dengan melubangi tembok benteng.  Melalui lubang itulah tentera Islam yang lain kemudiannya berjaya merempuh masuk dan mengalahkan musuh.  Selesai peperangan Maslamah meminta agar tenteranya yang melubangi tembok itu melapor kepadanya. Setelah sekian lama tidak ada yang melapor,sehingga waktu lewat malam akhirnya datanglah seorang yang bertopeng menemui Maslamah. “Aku akan beritahu siapa tentera yang melubangi benteng itu, dengan syarat; pertama, jangan tanya siapa namanya, kedua jangan dicatat dalam sejarah, ketiga jangan diberi balasan apapun.” Setelah Maslamah menyanggupi, kemudian orang bertopeng itu memberitahu bahwa dialah orangnya dan terus lari ke dalam kumpulan tenteranya sehingga tidak dapat dikenalpasti di antara tentera-tenteranya yang ribuan itu siapakah sahibun naqab tadi.  Sehingga Musailamah kemudian tidak akan meninggalkan selepas solatnya melainkan doa untuk menjadi orang yang bersama dengan sahibun naqab.
Kisah ketiga: Kisah Imam Syafi’e
Pernah Imam Syafi’e mengingatkan kepada murid-muridnya agar tidak menyebut namanya atau menghubungkan satu hurufpun kepada dirinya sebagai penguat hujjah kebenaran. Maksudnya “ini menurut Imam Syafi’e”…“ini diambil dari Kitab Al Umm karya Imam Syafi’i.”
Bahkan Imam Syafi’i mengatakan,”..dan saya tidak saling bertukar pandangan dengan seseorang melainkan saya mengharapkan Allah menampakkan kebenaran atas lisanku atau lisannya”(Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab Hilyatul Awliyaa’ (118/9).
Moga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadis ini;
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim).

Kisah keempat: Kader yang berjuang atas asobiyyah
Moga Allah sentiasa mengikhlaskan niat kita dalam perjuangan ini agar tidak kerana jenama harakah kita berjuang.  Adakah terlalu penting jenama harakah itu sehingga menafikan, merendah-rendahkan bahkan memburuk-burukkan usaha gerakan dakwah yang lain?  Adakah dengan merasakan ‘izzah dengan label tertentu dapat menghindarkan diri kita daripada azab Allah dan masuk ke dalam Jannah-Nya.  Walhal, kita sedar setiap daripada kita akan datang sorang-sorang untuk dihisab oleh Allah ta’ala.
“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.” (Maryam:95).
Kisah Quzman mudah-mudahan sebagai iktibar agar kita terjerumus menjadi pejuang yang berjuang atas asobiyah kita.  Sebagaimana yang diceritakan oleh Qatadah radiallahu ‘anhu;
Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.
Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)
Ikhwani fillah, keinginan kita untuk sentiasa ikhlas hendaknya jangan menjadi penghalang kita untuk menjadi pasif atau takut beramal.  Syeikh Fudhail bin Iyadh memberikan batasan:
Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal untuk manusia adalah syirik.
Maksudnya janganlah kerana takut riya kemudian kita enggan beramal. Semestinya terus perbanyak amal tanpa peduli dilihat atau tidak dilihat manusia namun berusahalah untuk tidak terjatuh dalam riya’.
Ikhwatul ahibba’, dalam ketahuilah bahwa semerbaknya amal dilatarbelakangi oleh keikhlasan. Tersebarluasnya dakwah ke seluruh penjuru dunia adalah contoh nyata hasil kerja peribadi-peribadi yang ikhlas. Mereka tidak menyalahkan kelemahan dan kekurangan saudara mereka yang lain sebagai alasan untuk kurang beramal dalam dakwah dan tarbiyah.  Bahkan mereka terlebih dahulu melihat kesulitan yang dihadapi mereka adalah daripada kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri.  Lihatlah bagaimana murabbi agung, Rasulullah sollallhu ‘alaihi wasallam bersikap ketika dakwahnya ditolak dengan kekerasan oleh para penduduk Taif.  Ketikamana baginda berteduh di bawah sepohon anggur, baginda mengadu kepada Sang Pencipta;
“Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.  Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).  Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.  Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” (Petikan dari kitab Sirah Nabawiah – Ibnu Hisyam).
Subhana Allah, betapa tawadhu’nya doa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam yang langsung tidak menyalahkan penduduk Taif yang telah membaling batu kepadanya bertubi-tubi sehingga berdarah dan sesekali rebah ke tanah.  Bahkan Zaid b Haritsah radiallahu ‘anhu yang menjadikan dirinya sebagai perisai Nabi turut berdarah di kepalanya. Hasilnya, bumi Taif menjadi wilayah Islam dan majoriti penduduknya sehingga ke hari ini adalah muslim.
Sebagai penutup, Ustaz Hasan Al Banna rahimahullah menjelaskan tentang ikhlas. “Ikhlas adalah seorang akh muslim dengan perkataannya, amalnya, jihadnya  dan semuanya diniatkan kerana Allah swt, mengharapkan redhoNya dan balasan yang baik tanpa melihat keuntungan mahupun label penampilan, gelaran di depan atau dibelakang namanya. Dengan demikian itu, dia menjadi perajurit aqidah dan fikrah, bukan perajurit atau pejuang kepentingan dan manfaat.
“Sesungguhnya amal seseorang bergantung pada niat, dan dia akan memperoleh apa yang dia niatkan…” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

sumber : http://paksi.net/v1/2011/03/ikhlaskah-saya/

Insaf Sekejap | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Benarkah wujud istilah  " Insaf sekejap " ? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
 

Sumber : iluvislam

Sabtu, 7 Mei 2011

sejenak

Assalamu'alaikum...



Ya Allah, Rahmat-Mu memenuhi segenap pelusuk Alam. Setiap liang dalam tubuh ku adalah anugerah dari-MU..Tidak terkira dan terbanding dengan apapun kurnia dan hikmah yang telah Engkau berikan pada umat manusia dan alam ini.
Jika kita bayangkan seandainya setiap zarah-zarah udara @ oksigen yang kita nikmati ini dikenakan caj. Tidak akan termampu bagi kita umat manusia untuk membayarnya. Malah setiap anggota pancaindra kita yang dipinjamkan pun tidak mampu untuk kita bayar sewanya. Sesungguhnya semua itu adalah milik DIA yang Maha Pemurah.
Ya Allah Ampunkan dosa hamba-MU ini Ya Allah. Tetapkanlah daku senantiasa berada di landasan hidayah dan rahmat-MU. Ya Rahman, janganla Engkau memandang ku dengan pandangan murka dan tidak redha akan diriku Ini Ya Allah.
Daku sering lupa dan leka akan nikmat2 yang daku perolehi selama ini. Dosa demi dosa daku lakukan setiap saat, detik dan setiap masa. Hamba-Mu ini memohon ampun dan redha dalam setiap kerja dan perlakuan yang daku lakukan.
Wahai Tuhan yang membolak -  balik kan hati, tetapkan lah hatiku pada agama-Mu. Seandainya hatiku telah kotor dan tidak boleh dibersihkan lagi, gantikan lah hatiku dengan hati yang baru. perlanjutkan lah nikmat iman dan Islam yang telah Engkau kurniakan kepada daku. Amin Ya Mu'id. Amin Ya Rabbal Alamin...

Ahad, 24 April 2011

Usaha + Doa + Tawakal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman di waktu pagi. Seorang lelaki(Amir) bersama dengan seorang pakcik(Rahman) dan adik sepupunya(Saiful) ingin pergi ke satu tempat. oleh kerana takut terlewat, pakcik Rahman terlebih dahulu pergi menghidupkan enjin kerata untuk memanaskan enjin. Sedang itu, Amir masih lagi bersarapan di dapur manakala Saiful beru sahaja selesai mandi. Setelah semua sudah siap sedia, maka mereka pun bersedia untuk menaiki kereta pakcik Rahman. ketika itu, enjin kereta telah mati semua kerana masih enjin masih sejuk. Lalu pakcik Rahman cuba hidupkan semula keretanya. Namun, cubaan beliau tidak berhasil walaupun telah banyak kali mencuba. Amir cuba nasib dan membuka bonet kdepan untuk periksa mslh dan mengatakan bukan mslh pada bateri kereta tapi overflow namun percubaannya  juga mengecewakan. Amir terus mencuba dan akhirnya jalan dia dpt idea untuk menolak kereta tesebut Namun, pakcik Rahman tidak bersetuju dan berkata "penyelesaian yang paling senang, telefon orang dalam rumah dan minta hantar sahaja. Tolak kereta pun tiada guna juga tu".  Amir tidak berpuas hati kerana pakcik Rahman seperti mudah berputus asa sedangkan masih belum berusaha dan ikhtiar sesuatu lagi. Amir cuba menolak kereta kebelakang namun, dengan diri sendiri sahaja, dia tidak akan dpat menghidupkan enjin kereta itu kerana perlu ada seorang untuk mengawal kerata ketika ditolak. Saiful masih kecil dan tidak tahu mengawal kereta.  Akhirnya Amir akur dn call memanggil pakcik Rahim yang berada dalam rumah dan masih lena. Pakcik Rahim bangun dan mengarahkan kami semua menolak kereta itu dan dia mengawal kereta. Akhirnya enjin kereta pun berjaya dihidupkan.Amir tersenyum bilamana ikhtiarnya tadi digunapakai oleh pakcik Rahim dan membuahkan hasil.

Pengajaran 
 Entri ini bukanlah tempat untuk saya bercerita dan mengarang karangan.



Oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah


MENURUT bahasa “tawakkal” itu beerti berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Menurut syariat pula tawakkal beerti “mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatan-Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya pada waktu menghadapi kesukaran”.

Dengan pengertian tersebut dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan suatu rencana yang tetap (keputusan) atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar melaksanakan rencana itu. Ikhtiar dilakukan dalam memenuhi tertib atau sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap bulat kepada Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakanlah musyawarah dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila engkau telah mempunyai ketetapan hati, maka berserah dirilah kepada Allah.” (Surah Ali-Imran: 159)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berpalinglah dari mereka itu, dan berserah dirilah kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai pelindung.” (Surah An-Nisa’: 81)

Berhubungan dengan perkaitan erat antara tawakkal dengan rencana yang matang (ketetapan hati) dan ikhtiar melaksanakan rencana itu, maka adalah sesuatu kekeliruan jika tawakkal itu diertikan sebagai berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, misalnya mengharapkan sembuh dari penyakit tanpa berubat atau mengharapkan hidup makmur tanpa bekerja.

Banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha dan bekerja. Dalam berikhtiar itulah proses usaha dan redha menerima “buah” daripada pekerjaan itu, banyak ataupun sedikit. Suatu contoh digambarkan dalam suatu hadis:

“Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja di pintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dulu. Dia bertanya: ‘Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakkal, atau saya lepaskan saja dan sesudah itu saya tawakkal? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakkallah engkau!” (Riwayat Tirmidzi)
 Maka berusahala kita terlebih dahulu disusuli dengan doa memohon kepada-NYA dan di akhiri dengan bertawakal kepada-NYA. Sesungguhnya hanya kepada-NYA la tempat kita mengadu dan memohon. Semoga Allah merberkat lagi merahmati kita semua umat-NYA. Amin Ya Rabbal Alamin.

 P/s: Buat diri ini yang sering alpa dan leka pada-NYA.

Jumaat, 22 April 2011

kalau malu jangan seksi

assalamu'alaikum...

Tajuk hari ni berkaitan dengan seksi. hmm..Dengar macam lain pula kan?? ok, saya akan mulakan cerita..
Hari ini di dewan masyarakat sandakan ada diadakan PIKOM Pc Fair. Ramai orang berpusu-pusu hendak pergi melihat barangan dan peralatan komputer. Saya pun tidak terkecuali. Syarikat kami mengamanahkan saya dan rakan sejawat saya (pakcik saya sendiri) untuk survey harga printer. Nak beli 3 buah printer yang berkualiti dan berpatutan. Sesak bukan main dalam dewan tuh. Lebih2 lagi, cuti umum hari ni. memang banyak la gelagat dan ragam orang2 yang datang masa tu. dengan trend pakaian yang bukan tersendiri. Maksudnya, terpengaruh dengan budaya barat la. Islam tidak ada mengajar Umatnya berpakaian yang menjolok mata.
     Dah habis survey tu, teringin nak beli minyak wangi untuk bawa solat tapi xda rezeki. Kedai tu dah tutup. Kami pun balik menaiki bas. Dalam perjalanan pulang tuh, pakcik saya tunjuk pada satu arah. Bila saya tengok kat pintu bas tu, ada sticker " Kalau malu jangan seksi". Di saat itu, saya hampir tergelak. Tapi bila saya renung2kan, ada betulnya kata2 dari sticker tuh. Kita ambil contoh zaman sekarang. Ramai umat Islam sekarang yang tidak malu dan segan berpakaian seksi.

"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya dan selalu mengerjakan apa yang di perintahkan."(QS.At Tahrim:6).

mungkin kita selalu mendengar ayat ini disebut dalam mana2 majlis agama. Malah dalam khutbah jumaat td, Khatib sekali lagi mengingatkan akan ayat ini. Dalam ayat ini, kita disarankan untuk menjaga ahli keluarga kita. Menjaga disini bukan hanya jaga dari segi makanan, tapi juga semua adab2 yang ditunjukkan oleh tauladan kita yakni junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W Kata2 itu amat mudah tapi besar maksudnya kalau kita renungkan. Kalau malu jangan seksi. Malu itu bukanlah kepada masyarakat sahaja. Yang lebih utama adalah malu kepada Allah s.w.t. Berpakaian sebegitu bukan hanya mengundang padah pada diri sendiri malah kepada orang yang melihat dan terniat sesuatu setelah melihatnya. Malah dosa yang diperolehi oleh orang yang melihat juga akan dikongsi bersama orang yang memakai pakaian sedemikian. Subahanallah.. Ramainya orang yang akan melihat itu. sedangkan dosa sendiri tidak tertanggung, inikan pula ditambah lagi dengan dosa orang2 yang melihatnya.  
Maaf andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari DIA Maha Kuasa dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya yang hina dan dhaif ini. Dan hakikatnya, kedua2nya adalah dari Allah yang Maha ESA. Sekian , Assalamu'alaikum

renungan bersama : " kalau malu jangan seksi".