BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kita berpuasa ikut syariat ISLAM atau ikut Adat ? part.2

Assalamu'alaikum..

kesinambungan daripada tajuk bahagian 1 sebelum ini........

Puasa SYARIAT atau Puasa ADAT? :
Wujudkah puasa adat? sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

kita ulangkaji sedikit mengenai "RUKUN ISLAM" iaitu :
1.  Mengucap dua kalimah syahadah.
2.  Menunaikan solat lima waktu.
3.  Berpuasa di bulan Ramadhan.
4.  Menunaikan Zakat.
5.  Menunaikan Haji.

Nah ! Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawasanya kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Apa yang kita lihat hari ini, kebanyakkan dari kita mengakui Muslim tetapi tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep berpuasa dalam Islam.

       Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kebanyakkan kita adalah tidak boleh makan serta minum. Ada pula mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan. Kita harus sedar dan ingat bahawa bulan Ramadhan adalah medan di mana kita berabis baik untuk mencari keberkatan Ramadhan dan rahmat serta pengampunan disebalik Ramadhan mulia ini.

Tiada matlamat. Puasa tidak habis lagi, sibuk hendak berhari raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri. Lantaran kejahilan, ibadah puasa yang penuh limpahan rahmat Allah SWT. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai orang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengar hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan perlu hadir dari diri kita untuk melakukan apa juga jenis ibadah Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

     "orang puasa, kita pun puasa.atas kefahaman yang begitu sahaja kita berpuasa " :
Itulah "Puasa Adat". Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tetapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tidak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dapatkah ? YA!!  Memang dapat. dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing  adakah aku berpuasa mengikut "Puasa Syariat" atau "Puasa Adat" ? Marilah kita sama-sama muhasabah diri.  Kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke pertengahannya dan penghujung.

Wallahualam. Sekadai perkongsian

p/s : Hamba Hina 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Puasa itu penawar kpd mereka yg kurang kesabaran dan ketahanan krn ketika berpuasa scr x langsung melatih diri dan hati kita agar ikhlas dalam menjalani sesuatu ibadah.sentiasalah memanjatkan kesyukuran dengan nikmat yang Allah berikan.