BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 24 April 2011

Usaha + Doa + Tawakal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman di waktu pagi. Seorang lelaki(Amir) bersama dengan seorang pakcik(Rahman) dan adik sepupunya(Saiful) ingin pergi ke satu tempat. oleh kerana takut terlewat, pakcik Rahman terlebih dahulu pergi menghidupkan enjin kerata untuk memanaskan enjin. Sedang itu, Amir masih lagi bersarapan di dapur manakala Saiful beru sahaja selesai mandi. Setelah semua sudah siap sedia, maka mereka pun bersedia untuk menaiki kereta pakcik Rahman. ketika itu, enjin kereta telah mati semua kerana masih enjin masih sejuk. Lalu pakcik Rahman cuba hidupkan semula keretanya. Namun, cubaan beliau tidak berhasil walaupun telah banyak kali mencuba. Amir cuba nasib dan membuka bonet kdepan untuk periksa mslh dan mengatakan bukan mslh pada bateri kereta tapi overflow namun percubaannya  juga mengecewakan. Amir terus mencuba dan akhirnya jalan dia dpt idea untuk menolak kereta tesebut Namun, pakcik Rahman tidak bersetuju dan berkata "penyelesaian yang paling senang, telefon orang dalam rumah dan minta hantar sahaja. Tolak kereta pun tiada guna juga tu".  Amir tidak berpuas hati kerana pakcik Rahman seperti mudah berputus asa sedangkan masih belum berusaha dan ikhtiar sesuatu lagi. Amir cuba menolak kereta kebelakang namun, dengan diri sendiri sahaja, dia tidak akan dpat menghidupkan enjin kereta itu kerana perlu ada seorang untuk mengawal kerata ketika ditolak. Saiful masih kecil dan tidak tahu mengawal kereta.  Akhirnya Amir akur dn call memanggil pakcik Rahim yang berada dalam rumah dan masih lena. Pakcik Rahim bangun dan mengarahkan kami semua menolak kereta itu dan dia mengawal kereta. Akhirnya enjin kereta pun berjaya dihidupkan.Amir tersenyum bilamana ikhtiarnya tadi digunapakai oleh pakcik Rahim dan membuahkan hasil.

Pengajaran 
 Entri ini bukanlah tempat untuk saya bercerita dan mengarang karangan.



Oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah


MENURUT bahasa “tawakkal” itu beerti berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Menurut syariat pula tawakkal beerti “mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatan-Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya pada waktu menghadapi kesukaran”.

Dengan pengertian tersebut dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan suatu rencana yang tetap (keputusan) atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar melaksanakan rencana itu. Ikhtiar dilakukan dalam memenuhi tertib atau sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap bulat kepada Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakanlah musyawarah dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila engkau telah mempunyai ketetapan hati, maka berserah dirilah kepada Allah.” (Surah Ali-Imran: 159)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berpalinglah dari mereka itu, dan berserah dirilah kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai pelindung.” (Surah An-Nisa’: 81)

Berhubungan dengan perkaitan erat antara tawakkal dengan rencana yang matang (ketetapan hati) dan ikhtiar melaksanakan rencana itu, maka adalah sesuatu kekeliruan jika tawakkal itu diertikan sebagai berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, misalnya mengharapkan sembuh dari penyakit tanpa berubat atau mengharapkan hidup makmur tanpa bekerja.

Banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha dan bekerja. Dalam berikhtiar itulah proses usaha dan redha menerima “buah” daripada pekerjaan itu, banyak ataupun sedikit. Suatu contoh digambarkan dalam suatu hadis:

“Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja di pintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dulu. Dia bertanya: ‘Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakkal, atau saya lepaskan saja dan sesudah itu saya tawakkal? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakkallah engkau!” (Riwayat Tirmidzi)
 Maka berusahala kita terlebih dahulu disusuli dengan doa memohon kepada-NYA dan di akhiri dengan bertawakal kepada-NYA. Sesungguhnya hanya kepada-NYA la tempat kita mengadu dan memohon. Semoga Allah merberkat lagi merahmati kita semua umat-NYA. Amin Ya Rabbal Alamin.

 P/s: Buat diri ini yang sering alpa dan leka pada-NYA.

0 comments: